PASIR PUTEH – Lepasan Sijil Tinggi Ugama (STU) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang gagal memohon lebih 300 kekosongan jawatan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) masih berpeluang memohonnya bagi pengambilan tahun depan di Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Pendidikan dan Pelajaran Tinggi dan Hal-Ehwal Islam Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd. Noor berkata, mereka boleh mendapatkan borang berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berdekatan dalam tempoh terdekat.…










