Lelaki ukir model kapal legenda selama 50 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki ukir model kapal legenda selama 50 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang pengukir model kapal terakhir di Britain yang berkecimpung dalam bidang tersebut sejak 50 tahun lalu mendakwa dia tidak akan berundur diri biarpun kraf tangan itu semakin pupus.

Philip Reed, 76, berkata, sepanjang tempoh itu, dia pernah menghasilkan beberapa model kapal maritim legenda dari tahun 1,600 Masihi sehingga kapal Perang Dunia Kedua.

Bapa kepada dua orang anak itu yang amat meminati bidang pertukangan model kapal mini sanggup meletak jawatan sebagai guru pendidikan seni dengan memberi perhatian sepenuhnya sekitar tahun 1980.

Keputusannya itu nyata memberi kesan mendalam dalam kehidupannya beberapa tahun kemudian apabila dia terpaksa bercerai dengan isterinya, Julie kerana terlalu memberi perhatian terhadap hobinya.

“Saya lebih rela mati di bengkel ini berbanding berundur diri daripada bidang yang semakin dimamah usia. Ia bukan sahaja menuntut cabaran dan ketelitian yang tinggi tetapi perlu menghabiskan berjam-jam di atas kerusi,” katanya.

Reed berjaya menghasilkan 58 model kapal sejak tahun 1971 di mana dia menghabiskan selama beberapa jam hanya untuk menjalankan penyelidikan sebelum menghasilkan hasil seni itu.

Setiap model yang kini mampu dijual ribuan pound dikatakan mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan kerana dia terpaksa menjalankan penyelidikan mendalam dengan menggunakan pelan kapal asal.

Menurutnya, dia juga perlu menjalankan kerja-kerja melukis sebelum ia dibina dengan menggunakan kotak kayu, kertas, wayar, kawat dan beberapa peralatan lain.

Reed yang pernah menghasilkan kapal perang AS, USS, kapal penjelajah tempur kelas Admiral, HMS Hood, Cutty Sark dan banyak lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN