Lelaki ditangkap, dibelasah curi dompet - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap, dibelasah curi dompet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 2 Okt. – Tindakan seorang lelaki mencuri dompet peniaga nasi ayam penyet membawa padah apabila dia berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang awam di Kedai Makan Jalan Semarak di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, suspek ditangkap orang awam yang berada di sekitar kedai makan berkenaan.

Katanya, jeritan mangsa meminta tolong selepas menyedari dompetnya dicuri telah mendapat perhatian orang awam lalu bertindak menahan suspek yang cuba melarikan diri.

“Suspek berusia 29 tahun kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 53 tahun juga telah membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN