KUCHING 2 Okt. – Tindakan seorang lelaki mencuri dompet peniaga nasi ayam penyet membawa padah apabila dia berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang awam di Kedai Makan Jalan Semarak di sini pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, suspek ditangkap orang awam yang berada di sekitar kedai makan berkenaan. Katanya, jeritan mangsa meminta tolong selepas menyedari dompetnya dicuri telah mendapat perhatian orang awam lalu bertindak menahan…










