KUALA LUMPUR – Seorang jururawat lelaki di sebuah hospital swasta di ibu kota ditahan selepas pemeriksaan yang dilakukan mendapati lesen memandu yang dimilikinya adalah palsu kerana tiada di dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Lebih memburukkan keadaan, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta jenis Suzuki Swift dipandunya pula mendapati nombor pendaftaran kenderaan tersebut adalah tidak selari dengan nombor casis kereta berkenaan. Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ismail Mohd. Zawawi berkata, pihaknya percaya lesen tersebut adalah palsu atau ‘lesen terbang’ dan kenderaan yang dipandu lelaki itu adalah kereta klon. “Menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya