BUTTERWORTH 2 Okt. – Seorang lelaki ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Kampung Perlis dekat sini pukul 4 petang semalam.
Polis yang menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas lelaki berusia 37 tahun itu menemukan tiga paket plastik lutsinar berisi bahan diysaki dadah jenis Heroin seberat 17 garam serta dua paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 7 gram.
Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan ke atas lelaki itu mendapati dadah terbabit adalah untuk jualan kepada penagih sekitar Butterworth.
“Nilai barangan yang dirampas adalah RM1,600 dan hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.
“Dia kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B,Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE










