Lelaki curi mesin buat kopi ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki curi mesin buat kopi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 25 Okt. – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian mencuri dua buah mesin pembuatan kopi bernilai RM22,000 dari sebuah kilang di Bandar Bertam Putra di sini tengah hari semalam.

Lelaki itu ditahan dalam OP Pintu yang dijalankan selepas polis menerima laporan berkaitan kehilangan mesin itu di Kilang Kopi Grade One pada pukul 10.30 pagi 16 September lalu.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang berusia 42 tahun dan berasal dari Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam itu ditahan selepas polis menjalankan risikan.

“Ketika ditahan, polis menemukan dua buah mesin memproses kopi yang bernilai RM22,000 itu dan hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan suspek akan direman esok di Mahkamah Butterworth,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN