CABARAN calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat berjaya, iaitu perlu mendahului lawannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum pemilihan parti peringkat negeri Selangor diadakan minggu depan. Kegembiraannya jelas tergambar apabila Rafizi aktif memaklumkan keputusan Pemilihan PKR di negeri-negeri Pantai Timur dan Wilayah Persekutuan yang dimenanginya dalam akaun Twitter beliau, yang tidak dilakukannya sewaktu tewas di Pulau Pinang dan Johor. Kemenangan Rafizi di Wilayah Persekutuan cukup kritikal baginya dalam saingan…










