KAJANG 14 Okt. – Pemilihan PKR Cabang Serdang, Selangor sehingga tengahari ini terkawal dengan jangkaan 8,000 ahli parti di Cabang tersebut akan berada di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, di sini untuk mengundi.
Proses pemilihan berjalan lancar meskipun berlaku sedikit beberapa kekecohan kecil membabitkan penyokong-penyokong calon serta ahli parti yang sedang beratur menunggu giliran untuk mengundi.
Seramai 108,857 ahli PKR di Selangor dijangka mengundi hari ini di sembilan Cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Proses undian bermula sejak dari pukul 10 pagi tadi hingga 5 petang ini, dan keputusan dijangka diumumkan seawal 9 malam.-UTUSAN ONLINE










