Larian Green Fun Run 2018 sasar 600 penyertaan - Utusan Malaysia

Larian Green Fun Run 2018 sasar 600 penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 600 peserta dijangka menyertai Larian Green Fun Run 2018 di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20 Oktober.

Jurucakap urus setia larian, Noor Hairunnisa Mohamad berkata, program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan PPD itu diadakan sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018.

“Larian sejauh tujuh kilometer itu membabitkan enam kategori, antaranya kategori terbuka, veteran dan remaja yang mana penyertaan masih dibuka sehingga 19 Oktober depan.

“Lebih menarik, acara ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM6,000 untuk pemenang tempat pertama bagi setiap kategori hingga tempat ke-10 ,” katanya.

Noor Hairunnisa memberitahu, program Minggu Inovasi peringkat Negeri Sembilan akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Oktober ini.

Tambahnya, program tersebut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung yang hadir seperti Pameran Inovasi, Sains dan Teknologi, Pertandingan Interaktif Pelajar Sekolah, Bicara Keusahawanan, Pemeriksaan Kesihatan dan Trail Hunt.

Orang boleh melayari Facebook run4umalaysia untuk maklumat lanjut dan bayaran penyertaan boleh dibuat atas nama NS EVENTS, Maybank 555171508404. atau hubungi Mei 013-3664765, Lee 012-2846811 atau Zai 012-2526183. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN