SEPANG 23 Okt. – Kes langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury Square, Cyberjaya di sini sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi memasuki episod baharu apabila ketiga-tiga suspek warga asing terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Bagi membantu siasatan tersebut, Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop membenarkan permohonan polis untuk menahan reman ketiga-tiga suspek yang merupakan penuntut di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya selama…










