KERUSI Presiden Pertubuhan Usahawan Agro Malaysia (PUAM) bertukar tangan kepada DATUK SERI G.GNANARAJA selepas tidak dicabar pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baru-baru ini. Hanya namanya dicalonkan, sekali gus membolehkannya terpilih menduduki jawatan itu untuk penggal 2018-2020 sebagai presiden bukan bumiputera pertama. Beliau menggantikan Datuk Seri Kamarul Ibrahim yang tidak mempertahankan jawatan. Bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL ketika mengunjungi ibu pejabat Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur Selasa lalu,…










