MUSCAT, Oman 10 Okt. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan, tokoh-tokoh akademik, ahli-ahli korporat, dan ilmuan Islam yang berkualiti dan tersohor. Justeru, baginda berharap para pelajar akan lebih bermotivasi, berusaha gigih, bersikap proaktif dalam pembelajaran, berdisiplin, mentaati ibu bapa dan guru, bijak memilih rakan serta bermoral. ‘Binalah semangat muhibah serta kekalkanlah kedaulatan, kemanan dan kesejahteraan di bumi bertuah…










