'Kurniaan ini bukan halang daripada terus berkhidmat' - Rina - Utusan Malaysia

‘Kurniaan ini bukan halang daripada terus berkhidmat’ – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Okt.- Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran sebagai perkara positif untuk beliau terus berkhidmat dan menabur bakti kepada rakyat dalam negara ini.

Menurut beliau, terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilai darjah kebesaran tersebut, tetapi bagi beliau sendiri ia merupakan satu perkara positif.

“Kurniaan ini bukan satu yang menghalang kita daripada terus berkhidmat malah ia menjadi satu galakkan untuk terus menabur bakti kepada seluruh rakyat.

“Mereka boleh beri pelbagai pandangan dan pendapat, tetapi bagi diri penerima sudah tentu anggap ia sebagai satu perkara positif untuk terus berkhidmat kepada negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut beliau, Kabinet tidak pernah membincangkan dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) berhubung penganugerahan darjah kebesaran kepada mana-mana menteri dan timbalan menteri.

RINA MOHD. HARUN
RINA MOHD. HARUN 

Rina merupakan antara lima menteri Kabinet yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob pada 13 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN