Kukuhkan blok pembangkang - Utusan Malaysia

Kukuhkan blok pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kepimpinan ter­tinggi UMNO digesa memberikan tumpuan kepada usaha mengukuhkan gabungan blok parti pembangkang daripada memikirkan untuk menjadi kerajaan semula.

Wakil UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, melaungkan slogan kerajaan perpaduan atau government in waiting hanya akan menenggelamkan fokus serta meresahkan ahli akar umbi walaupun bertujuan untuk membangkitkan semangat mereka.

“Saya memahami matlamat mutakhir UMNO untuk menjadi kerajaan semula dan ia tidak boleh disangkal. Namun adalah lebih baik ia dikekalkan sebagai matlamat pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Sehingga itu berlaku, adalah lebih baik UMNO tumpukan kepada pembinaan gabungan blok parti pembangkang khususnya bersama Pas serta komponen Barisan Nasional yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN