MUKADIMAH: AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menyatakan usaha memulihkan kekuatan parti perlu menjadi keutamaan berbanding mencari jalan pintas untuk menjadi kerajaan. Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, KAMIL MASLIH, beliau menegaskan, kepentingan untuk imej UMNO kembali dibersihkan dan matlamat hala tuju parti perlu benar-benar disemat oleh setiap ahlinya. Fathul Bari yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar juga menyatakan UMNO perlu menampilkan imej perjuangan yang universal…










