LOMBOK (Indonesia) 8 Okt. – Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menyumbang kira-kira RM40,000 untuk membina sebuah sekolah di Kampung Pengembok, Lombok Utara yang terjejas teruk akibat gempa bumi pada akhir Julai lalu. Pengerusinya, Abd. Rahaim Md. Isa berkata, kos pembinaan sekolah tersebut sebanyak RM30,000, manakala selebihnya untuk membeli buku dan peralatan lain seperti meja dan kerusi. “Sekolah ini juga akan dijadikan madrasah bagi kira-kira 50 anak orang kampung yang tidak…










