Murid sekolah rendah yang menyertai Pertandingan Persembahan Seni Kreatif (PPSK) anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menampilkan persembahan yang matang, yakin dan berinformasi mengenai ilmu pelaburan dan perancangan kewangan kepada orang ramai. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, keyakinan dan keluasan ilmu yang diketengahkan oleh murid-murid dalam pertandingan itu membuktikan generasi muda mampu menguasai ilmu pelaburan dan kewangan setanding golongan dewasa. “Berdasarkan persembahan murid pada PPSK kali ini, ia menampakkan keupayaan mereka menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai pelaburan secara jelas dan berkeyakinan kepada umum seperti apa itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya