PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, sasaran skuad Harimau Malaya mara ke final kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 bulan depan bukan perkara baharu buat pasukan kebangsaan. Hamidin mengakui mahu kekal komited meneruskan legasi terbaik yang ditinggalkan mantan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika membimbing badan induk persatuan itu. Ketika berada di bawah kepimpinan Tunku Ismail, baginda berjaya membantu pasukan bawah 23 tahun…










