KANGAR 1 Okt. – Para kontraktor dari Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Perlis menzahirkan rasa kesal, kecewa seterusnya membantah tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang disifatkan tidak telus dalam soal pembahagian projek-projek kecil melibatkan nilai bawah RM200,000. Mereka mendakwa, jabatan itu telah memilih individu tertentu atau kroni-kroni melibatkan pemimpin kerajaan negeri melalui proses undian secara tertutup sehingga menyebabkan lebih 1,000 kontraktor di bawah persatuan tersebut sering kali berputih…










