'Kita bukan ada lampu Aladin' - Utusan Malaysia

‘Kita bukan ada lampu Aladin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Okt. – Parti Amanah Negara (Amanah) meminta ahlinya bersabar dalam soal pelantikan dan pengisian jawatan politik dalam agensi Kerajaan Pusat.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Tahir berkata, pihaknya amat menitik beratkan peraturan dan perlu memenuhi prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, tidak mungkin ada sebuah kerajaan dalam dunia ini selepas beberapa bulan boleh buat pelantikan baharu untuk menggantikan yang lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mustahil, saya tak tahu kalau ada kerajaan ajaib macam itu, pemerintahan kita ada prosedur. Kita bukan ada lampu Aladin di tangan, gosok-gosok keluar jin dan buat.

“Ada birokrasi yang kita kena patuhi, betul saya sebut tentang revolusi rakyat yang telah menukar pemerintahan tetapi tidak semudah itu kita boleh melakukan sebarang pelantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Cawangan Bina Paint Kelantan, di sini hari ini.

Sebelum ini, ada pihak yang mempersoalkan tentang lantikan jawatan politik khususnya melibatkan bekas calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya tidak boleh menghentikan penjawat lantikan politik yang dilantik kerajaan terdahulu.

“Bukan di Kelantan sahaja, melibatkan seluruh negara. Kerajaan lama sudah lantik dan ada setengah itu tempoh perkhidmatan belum habis, untuk melakukan pemecatan serta merta seperti berhentikan 10,000 orang kita tak boleh buat macam itu.

“Ada peraturan, kita kena ubah peraturan itu dulu, sahkan jawatan yang besar-besar di peringkat kampung pun belum selesai lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini