Khabib, Mayweather setuju berentap - Utusan Malaysia

Khabib, Mayweather setuju berentap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Okt. – PERTARUNGAN Floyd Mayweather dengan Khabib Nurmagomedov sedang diatur tetapi pejuang Dagestan itu enggan beraksi di Las Vegas.

Nurmagomedov menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), awal bulan ini sebelum dia mencabar Mayweather pula.

Mayweather, 41, bersara selepas menewaskan McGregor dalam gelanggang tinju pada Ogos 2017. Petinju Amerika Syarikat (AS) itu, hari ini, mengesahkan dia berminat untuk bertarung dengan Nurmagomedov di Las Vegas.

Namun, Nurmagomedov, 30, menolak idea tersebut, selepas dia terpaksa berdepan masalah dengan pihak berkuasa Vegas kerana terbabit dalam pergaduhan sebaik sahaja pertarungan dengan McGregor berakhir.

Sewaktu menyahut ca­baran Mayweather, Nurmagomedov dalam Instagram berkata: “Boleh (bertarung) tetapi tidak di Vegas, mereka tidak akan membayar duit saya.”

Nurmagomedov masih menanti hadiah kemena­ngannya yang ditahan pihak berkuasa Vegas berikutan siasatan sedang dijalankan terhadap pergaduhan yang berlaku.

Jaguh Rusia itu telah bertindak melompat keluar dari gelanggang untuk menyerang jurulatih McGregor, Dillon Danis selepas kemenangannya di pusingan keempat.

Nurmagomedov kemudian mencabar Mayweather selepas kemenanga­nnya, dan mendakwa dia mampu bertarung dengan bintang tinju yang belum pernah tewas itu.

“Hey, marilah Floyd, kita perlu bertarung sekarang. 50-0 vs 27-0, dua lelaki yang masih belum tewas. Me­ngapa tidak? Kerana dalam hutan hanya ada seorang raja,” kata Nurmagomedov. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN