BEIJING 8 Okt. – Beijing semalam mengumumkan Ketua Interpol warga China yang hilang selepas pulang ke tanah airnya sedang disiasat atas dakwaan melakukan aktiviti jenayah ketika pertubuhan polis dunia itu mendedahkan peletakan jawatan lelaki berkenaan. Pendedahan itu dibuat ketika isteri Meng Hongwei melahirkan kebimbangan akan suaminya selepas menerima teks mesej darinya yang tertera emoji sebilah pisau. Suruhanjaya Penasihat Nasional yang mengendalikan kes rasuah melibatkan kakitangan awam memecah misteri kehilangan Meng…










