Kes Rosmah: Media mula berkumpul - Utusan Malaysia

Kes Rosmah: Media mula berkumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. –  Pihak media mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal 6.15 pagi  ini bagi mengikuti prosiding pendakwaan terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor  yang akan didakwa  atas  sekurang-kurangnya 17  pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Rosmah, 67, ditahan semalam pada pukul  3.20 petang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah beliau diarahkan hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali ketiga bermula pada pukul 11 pagi.

Pertuduhan terhadapnya dibuat selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rosmah akan menghadapi  pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini