Kes keracunan di Baling tiada kaitan salad Iceberg Letture - Utusan Malaysia

Kes keracunan di Baling tiada kaitan salad Iceberg Letture

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Kementerian Kesihatan mengesahkan dua kes kematian dipercayai berkaitan laksa di Kupang, Baling tidak ada kaitan dengan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) seperti yang telah tular dalam media sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan daripada sampel makanan yang dihantar ke makmal untuk analisa.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH 

“Sampel najis daripada dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella spp.

“Kajian lanjut penemuan ini sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, untuk makluman, sehingga kini terdapat pertambahan sebanyak 42 kes baharu iaitu 14 kes di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor dilaporkan dengan gejala sama.

“Hasil siasatan mendapati pesakit yang bergejala mempunyai sejarah telah memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang Baling, Kedah iaitu di premis sama seperti dilaporkan oleh kes keracunan makanan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN