PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan mengguna jalan alternatif daripada melalui Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berikutan kerja-kerja pembersihan kemalangan maut awal pagi tadi masih dilakukan. Dalam kejadian pukul 5.15 pagi, dua maut manakala tujuh parah dalam satu nahas melibatkan tiga buah kenderaan berat serta sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuh Raya NKVE arah Damansara menghala Plaza Tol Subang di sini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd.…










