Keriang Hill tawar promosi serendah RM120 semalam - Utusan Malaysia

Keriang Hill tawar promosi serendah RM120 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keriang Hill Resort Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan resort Keriang Hill yang terletak di Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah menawarkan harga promosi RM120 semalam untuk bilik stan­dard dan RM180 semalam untuk bilik keluarga bermula bulan Oktober hingga Disember ini.

Pengurusnya, Mohd. Ha­fiz Fisal berkata, tawaran harga menarik ini bertujuan untuk menambah bilangan kedatangan pelancong tempatan ke destinasi percutian berkonsepkan perkampu­ngan Melayu itu.

“Keriang Hill memiliki keunikannya yang tersendiri kerana ia mampu membawa pelbagai kenangan dan nostalgia kepada mereka yang dibesarkan di dalam rumah kayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cerita zaman dahulu itu boleh dikongsikan dengan anak dan cucu serta ge­nerasi baharu jika mereka berkunjung ke sini,” katanya.

Beliau berkata de­mikian kepada ­Kosmo! ketika ditemui sempena lawatan media ke Keriang Hill yang terletak di kaki Gunung Keriang, Alor Setar baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Keriang Hill Resort, Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail.

Keriang Hill yang di­bangunkan dengan kos pelaburan sebanyak RM10 juta, memiliki sebanyak 17 buah rumah kayu yang digelar pondok.

Setiap pondok dinamakan mengikut mukim-mukim yang terdapat di Kedah.

Keriang Hill yang terletak berdekatan dengan Muzium Padi dan dibangunkan di kawasan seluas 10 hektar itu lengkap dengan kemudahan seperti surau, gimnasium, kolam renang, dewan serbaguna dan juga restoran The Puteri.

Selain itu, Keriang Hill juga menjadi pilihan sebagai lokasi penggambaran, program pertemuan semu­la reunion dan juga majlis pertunangan serta majlis perkahwinan berkonsepkan suasana kampung.

Sebarang pertanyaan dan tempahan penginapan serta penganjuran majlis, boleh dibuat melalui laman web syarikat, www.kerianghill.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini