Kerajaan PH utamakan wakaf kepada B40 - Utusan Malaysia

Kerajaan PH utamakan wakaf kepada B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meletakkan keutamaan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam bantuan pemberian wakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Rawa berkata, bantuan kerajaan ini juga dinamakan subsidi bersasar.

Katanya, sistem wakaf ini juga dapat dilimpahkan kepada golongan yang amat memerlukan bantuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wakaf yang diusahakan atau diberikan ini sama ada bersifat pendidikan atau perumahan.

“Wakaf adalah penyumbang yang aktif untuk bangunkan negara. Wakaf jadi satu daripada kaedah untuk tangani masalah B40,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 dan Majlis Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini