Keputusan isu hapus tol diketahui dua atau tiga bulan lagi - Utusan Malaysia

Keputusan isu hapus tol diketahui dua atau tiga bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung isu penghapusan kutipan tol lebuh raya hanya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, ketika ini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Masa sekarang kita masih berunding, mencari satu jalan yang saling memanfaatkan  kepada pihak  berkepentingan dan kerajaan baharu. Apa yang nanti diputuskan cara baiknya yang diterima semua pihak berkepentingan. Saya percaya itu akan dilaksanakan. 

“Saya difahamkan semua pemegang berkepentingan bersikap positif  (ekonomi) terhadap kedudukan kita sekarang. Justeru itu mereka sangat memaham, kita harap akan ada persefahaman dan kesimpulan bersama serta persetujuan bersama yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penghargaan Man-Hours Without Lost-Time Injury (LTI) bagi projek-projek lebuh raya dalam pembinaan, di Susur Lebuh Raya Bandar Mahkota Cheras.

Katanya, antara cadangan yang diberikan syarikat konsesi termasuklah pemberian rebat, memanjangkan tempoh konsesi lebuh raya dan pemberian diskaun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN