JOHOR BAHRU 8 Okt. – Pejabat Menteri Besar hari ini menafikan penularan kenyataan palsu mengenai Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) berhubung isu penamatan kontrak Pegawai Penyelaras dan Pegawai Penggerak yayasan tersebut. Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, pihak YPKDT kini dalam proses pengambilan pegawai baharu yang berkelayakan bagi menggantikan 65 pegawai terlibat yang ditamatkan perkhidmatan mereka. “Penamatan kontrak pegawai-pegawai lantikan politik pentadbiran sebelum ini dilakukan setelah membuat penilaian…










