Kenderaan bawa Rosmah keluar dari ibu pejabat SPRM - Utusan Malaysia

Kenderaan bawa Rosmah keluar dari ibu pejabat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

PUTRAJAYA 4 Okt.- Kenderaan yang dipercayai membawa isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7.45 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Rosmah itu menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KL) untuk proses pendakwaan.

Semalam, SPRM mengesahkan Rosmah akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen KL hari ini.

Beliau dijangka menghadapi beberapa pertuduhan di bawah akta tersebut.

Isteri kepada Ahli Parlimen Pekan itu ditahan SPRM pada pukul 3.20 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes penggubahan wang haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini