PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menegaskan tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan bagi tujuan membantu mendapatkan peruntukan atau dana pembangunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Menerusi satu kenyataan, guru besar-guru besar dinasihatkan supaya berhubung terus dengan kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan dan membuat laporan polis jika didatangi mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai ejen kementerian bagi tujuan tersebut. “Kementerian Pendidikan juga ada menerima aduan bahawa terdapat individu…










