Kementerian galak kerjasama dengan China - Utusan Malaysia

Kementerian galak kerjasama dengan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan sebarang bentuk kerjasama yang memupuk hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan dua hala malah dapat mempromosi produk Malaysia kepada negara yang mempunyai pasaran besar itu.

“Saya berbangga mengetahui bahawa syarikat-syarikat di Malaysia seperti Bioalpha Holdings Berhad proaktif dalam menjalin perkongsian dengan syarikat di China dalam projek-projek yang bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua syarikat tetapi kedua-dua negara.

“Hubungan ini juga mampu berfungsi sebagai saluran untuk meningkatkan kesedaran produk suplemen kesihatan Malaysia yang diperbuat daripada herba tempatan dan seterusnya memacu pertumbuhan sektor pertanian domestik, sambil mengukuhkan hubungan perdagangan bersama China,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Bioalpha Holdings Berhad dengan Jinrui Fortune Holdings Group dari China di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN