RELEVAN adalah satu perkataan yang cukup penting dalam menghadapi keadaan semasa dan masa akan datang. Mana-mana organisasi, syarikat mahupun individu perlu sentiasa kekal relevan dalam keadaan apa sekalipun. Jika tidak, organisasi, syarikat mahupun individu tersebut akan lenyap ditelan masa. Maknanya di sini, organisasi mahupun syarikat tersebut tidak lagi wujud pada masa akan datang manakala, individu pula tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak mahupun organisasi hatta negara sekalipun. Asasnya, mudah, relevan…










