Kegemilangan Islam tersimpan di Sepanyol - Utusan Malaysia

Kegemilangan Islam tersimpan di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL mungkin hanya dilihat sebagai satu lagi negara Barat yang mungkin tidak membawa sebarang makna kepada umat Islam.

Daripada penduduknya yang berjumlah 80 juta orang, hanya dua peratus sahaja yang beragama Islam. Walaupun bergelar minoriti, umat Islam di Sepanyol bebas untuk beramal, malah salah sebuah masjid terindah di dunia terletak di Sepanyol iaitu Masjid Cardoba.

KEINDAHAN seni bina Islam dalam Masjid Cardoba.
KEINDAHAN seni bina Islam dalam Masjid Cardoba. 

Masjid yang terletak di selatan Sepanyol itu pada asalnya adalah sebuah gereja Katolik pada abad keenam. Ketika Islam berkembang ke Eropah terutama Sepanyol pada abad kelapan, gereja itu telah bertukar menjadi masjid.

Pada 15 Disember 1994, Masjid Cordoba diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting kepada warisan dunia.

Perkara penting yang mungkin tidak disedari ialah Sepanyol itu sebenarnya telah menyaksikan kebangkitan dan juga kejatuhan Islam. Ini perkara yang perlu dihayati.

Islam cukup gemilang di Sepanyol ketika bawah empayar Uthmaniyah dengan Anatolia atau Turki sebagai pusat tamadunnya yang berdiri teguh selama lebih 600 tahun. Selama lebih 600 tahun juga Uthmaniyah menjadi empayar ulung yang menaungi benua Eropah, Asia dan Afrika.

Pengembaraan ke bumi Sepanyol sudah tentu bakal memberi pengajaran kepada kita bagaimana kegemilangan sesebuah empayar boleh tumbang akibat kelemahan dalam pemerintahan.

Empayar Uthmaniyah yang memayungi bumi Sepanyol cukup terkenal dengan pencapaian dalam aspek sosial, politik, sains, ekonomi dan budaya masyarakat.

Empayar ini unggul kerana berjaya menyatupadukan masyarakat Rom, Balkan, Arab, Parsi dan Turki bermula daripada pemerintahan Sultan Uthman Ghazi sehingga berakhirnya kegemilangan pemerintahan Sultan Mehmed keenam.

Kesan-kesan daripada kegemilangan Islam di Sepanyol boleh dilihat hingga ke hari ini termasuk kota Andalusia dekat Cardoba yang disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

UNESCO menyifatkan kota yang dibina pada abad ke-10 itu memberikan pengetahuan mendalam mengenai zaman kegemilangan peradaban Islam Andalusia.

 

Kewujudan kota itu seolah-olah dilupakan sehinggalah ditemui semula pada awal abad ke-20, yang mana ia menjadi harta karun kepada ahli arkeologi kerana menampilkan komposisi perbandaran yang lengkap termasuk jalan, jambatan, sistem pengairan, bangunan, elemen hiasan dan objek harian.

Bagi mereka yang memasang cita-cita untuk melancong ke Eropah, Sepanyol perlu dimasukkan ke dalam jadual persinggahan bagi meneroka dan menghayati bagaimana Islam suatu ketika dahulu cukup berkuasa di Eropah dan mengambil pengajaran daripada kejatuhannya.

Sebagai seorang Islam kita bertanggungjawab untuk mempelajari dan memahami sejarah kebangkitan serta pemerintahan Islam yang sangat dikagumi masyarakat dunia suatu ketika dulu.

Dengan ini diharapkan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan keimanan, keyakinan dan kepercayaan kita sebagai umat Islam.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menziarahi warisan Islam di Sepanyol ini, Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. ada menyediakan pakej pelancongan khusus ke destinasi-destinasi yang mempunyai kaitan dengan sejarah dan kebangkitan Islam.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan oleh Juara Travel & Tours boleh hubungi talian 03-92267105 atau laman web www.juaratravel.com.my serta laman Facebook Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN