Keganasan jadi alat politik - Utusan Malaysia

Keganasan jadi alat politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Okt. – Ancaman keganasan yang berlaku di dunia hari ini mempunyai tafsiran yang berbeza-beza mengikut negara.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir berkata, ada negara yang sanggup menghalalkan keganasan sebagai strategi dan taktik politik sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.

“Alasan kenapa berlaku ancaman keganasan melampau di sesebuah negara adalah sangat rumit untuk dibincangkan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana, sewaktu saya berkhidmat sebagai Konsul Jeneral di Ireland Utara pada 1960, keganasan digunakan sebagai taktik politik sehingga ada pengganas yang sanggup mengebom diri sendiri ketika itu. Malah, perkara sama juga berlaku sewaktu konflik di Sri Lanka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Peranan Media dalam Menangani Ancaman Keganasan Melampau dan Radikalisasi di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya dan Timbalan Ketua Pengarah 1, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar, Shazryll Zahiran.

Bengkel tiga hari yang dianjurkan bersama oleh MPI, SEARCCT dan Kedutaan AS di Malaysia itu disertai oleh seramai 27 pengamal media tempatan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini