Kedai emas rugi RM500,000 selepas disamun kurang 2 minit - Utusan Malaysia

Kedai emas rugi RM500,000 selepas disamun kurang 2 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Sebuah kedai emas kerugian RM500,000 dalam tempoh kurang dua minit selepas disamun tiga lelaki yang dipercayai bersenjatakan objek menyerupai pistol dan tukul besi di dalam sebuah pasaraya di sekitar Bangi Avenue di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.47 petang itu, dua suspek berpakaian serba gelap bertindak memecahkan cermin kaunter pameran menggunakan tukul besi sementara seorang lagi suspek menunggu di bahagian luar premis berkenaan.

Difahamkan, premis berkenaan yang telah beroperasi sejak dua tahun lepas telah di samun sebanyak dua kali dalam tempoh tersebut. Kejadian pertama berlaku pada awal tahun 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kesemua penjenayah terbabit mengambil masa kurang dua minit sebelum melarikan barang kemas yang bernilai RM500,000.

“Menurut laporan suspek, terdapat dua pekerja wanita berada di premis berkenaan ketika kejadian. Bagaimanapun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) mendapati, suspek meloloskan diri menggunakan dua buah motosikal yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini