KUANTAN – Kementerian Kesihatan Malaysia Pahang menyasarkan setiap hospital dan klinik kerajaan di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang kaunselor paramedik pada masa akan datang. Kaunselor paramedik yang terdiri daripada kalangan jururawat dan penolong pegawai perubatan merupakan perkhidmatan tambahan bagi membantu orang awam yang mengalami masalah psikiatri di peringkat awal. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Indera Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, setakat ini seramai 18 kakitangan telah dilatih dan ditempatkan di Hospital Tengku…










