Kastam rampas minuman keras dan daging beku bernilai RM1.5 juta - Utusan Malaysia

Kastam rampas minuman keras dan daging beku bernilai RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Katam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya merampas minuman keras dan daging beku bernilai kira-kira RM1.5 juta yang diseludup selepas menahan sebuah lori kontena di Taman Perindustrian 

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, lori kontena tersebut ditahan dalam Operasi Gempur JKDM selepas keluar dari kawasan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang Pandaman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Sabtu lalu.

Menurutnya, jumlah rampasan minuman keras yang dibawa masuk dari India adalah 13,152 botol (9,864 liter) bernilai kira-kira RM1,479,600 dan anggaran cukai terlibat RM885,787.20.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jumlah rampasan daging beku dari Brazil pula 273 kotak (5,106 kilogram) kira- RM72,840 dan nilai cukai yang terlibat RM7,284.

“Nilai keseluruhan  cukai rampasan minuman keras dan daging beku itu adalah RM893,071.20,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Zulkifli berkata, JKDM Kedah turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 38 tahun dipercayai tonto yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Lelaki terbabit telah ditahan reman selama empat hari bermula 1 Oktober lalu untuk  membantu siasatan,” katanya.

Beliau memberitahu, modus operandi dalam kes itu dengan meletakkan kotak-kotak daging beku di hadapan manakala minuman keras disembunyikan di dalam belakang kontena. 

Bagaimanapun, tambahnya, barangan yang dibawa lori kontena terbabit hanya diikrar membawa 14 tan metrik daging beku sahaja. 

Malah katanya, hasil siasatan lori kontena itu juga didapati tidak melakukan pemeriksaan mesin pengimbas sebelum dibawa keluar dari pelabuhan tersebut.

“Bagaimanapun pemandu lori treler berkenaan berjaya melarikan diri selepas menyedari diekori anggota JKDM selepas mendapat maklumat daripada tonto terbabit,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967  kerana menyimpan barang belum lulus kastam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini