Kastam, imigresen di luar bilik menunggu VIP - Utusan Malaysia

Kastam, imigresen di luar bilik menunggu VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Anggota dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen akan ditempatkan di luar bilik menunggu khas orang kenamaan (VIP) di lapangan terbang dalam usaha membanteras aktiviti kegiatan haram termasuk penyeludupan wang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini, tiada anggota kastam mahupun imigresen ditempatkan di laluan khas VIP, malah segala urusan berkaitan dilakukan oleh pegawai pengiring VIP berkenaan.

“Kita sedar terdapat kelemahan dan kelonggaran dari segi laluan khas VIP. Jadi, kementerian mendapatkan kerjasama daripada agensi lain termasuk JKDM dan Jabatan Imigresen, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi menjamin tahap keselamatan dan pemeriksaan.

“Dalam hal ini, JKDM, Jabatan Imigresen dan MAHB diarahkan untuk memperketatkan peraturan dan penguatkuasaan tanpa sebarang pengecualian,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Pang Hok Liang (PH-Labis) yang meminta kerajaan menyatakan langkah efektif untuk memastikan laluan khas VIP tidak disalah gunakan bagi aktiviti kegiatan haram termasuk isu penyeludupan wang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN