PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan yang mengidap Serebral Palsi, Nur Wadihan Wira Sudepja, 10, sekali lagi membuktikan kecekalannya apabila berjaya menamatkan acara Malaysia International Duathlon 2018 kategori Mighty Stars bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Nur Wadihan, 10, dibantu bapanya, Wira Sudepja Rabu, 43, yang menolak kerusi roda tiga dinaikinya turut menjadi inspirasi kepada keluarga lain yang mempunyai anak OKU untuk turut…










