Kalau ada rezeki, nak tambah anak lagi - Fahrin Ahmad - Utusan Malaysia

Kalau ada rezeki, nak tambah anak lagi – Fahrin Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt.- Baru menyambut ulang tahun kedua anak sulungnya, Khalifa Fahrel, pelakon, Fahrin Ahmad tidak menolak sama sekali sekiranya dia dikurniakan anak kedua.

Fahrin, 39, berkata, dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi namun menyerahkan soal itu kepada rezeki.

“Memang saya bekerja sendiri, kena jaga pendapatan dan ekonomi sendiri. Tapi kalau dari segi itu, saya sudah bersedia. Khalifa pun dah dua tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya beruntung kerana ada isteri yang menjaga anak ketika saya keluar bekerja. Anak seni memang tidak tetap jadualnya, tapi apa pun keluarga diutamakan,” katanya.

Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani sekitar tahun 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 September 2017.  –  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini