KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berupa wang tunai RM500 pada lima tahun lalu. Suhaimee Wan Mohamad, 35, yang kini berkhidmat sebagai Pembantu Awam Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara, Batu 6, Kuala Nerus membuat pengakuan tidak bersalah tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rofiah Mohamad. Berdasarkan pertuduhan, Suhaimee didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500 daripada…










