KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kajian kebolehlaksanaan perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap cadangan kerajaan negeri Johor untuk meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok, yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum bersara pada 2003. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, keputusan sama ada projek itu mahu diteruskan atau tidak bergantung kepada hasil kajian tersebut. “Saya fikir setiap projek kita mesti buat kajian kebolehlaksanaan dan kemudian kita akan meneruskan daripada…










