KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan SME Bank bagi membantu meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam dunia keusahawanan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berdasarkan Bancian Ekonomi 2016, jumlah usahawan wanita di Malaysia masih kecil iaitu di paras 20.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana…










