KUALA LUMPUR 16 Okt. – Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan menyiasat dakwaan terdapat tawaran RM100 untuk satu undi dalam pemilihan parti tersebut.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, siasatan itu termasuk memanggil calon Timbalan Presiden parti, Rafizi Ramli iaitu pemimpin yang mendedahkan mengenai dakwaan tersebut.
“Itulah saya kata jawapan saya, kita akan siasat.
“JPP akan panggil dia (Rafizi),” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Rafizi hari ini dilaporkan berkata, beliau percaya pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR akan terus sengit hingga ke akhir pemilihan parti pada 10 November ini.
Menurut Rafizi, terdapat laporan wujud tawaran RM100 untuk satu undi. – UTUSAN ONLINE










