REALITINYA, perkembangan sains dan teknologi pada hari ini tidak boleh menghalang kemunculan bencana alam. Bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi atau malang tidak berbau. Bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi dan ribut taufan membawa musibah tanpa mengira waktu dan tempat. Namun begitu, kemajuan sains dan teknologi tetap ada manfaatnya. Bukan hanya berita tentang bencana alam boleh dikongsi dengan cepat, begitu juga dengan kerja menyelamat dan membantu…










