Johor bangunkan industri MRO - Utusan Malaysia

Johor bangunkan industri MRO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 30 Okt. – Kerajaan negeri berhasrat menarik pelaburan daripada syarikat Airbus di Pe­rancis bagi membangunkan industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat komersialnya di Senai di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pela­buran, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya bersama de­legasi daripada Lembaga Pemba­ngunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ke Paris pada Sabtu ini untuk me­ngadakan pertemuan de­ngan pe­gawai Airbus.

Beliau berkata, selain me­ngadakan perbincangan dua hala, delegasi itu juga akan melawat kilang Airbus dan taman perindustrian earoangkasa di sana.

“Kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mempromosikan industri penerbangan di sini dan kewujudan MRO oleh Airbus ini diharap akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Kita mahu menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama dalam kalangan syarikat antarabangsa, justeru kita perlu mempunyai ekosistem yang diperlukan untuk memenuhi jangkaan mereka,” katanya selepas merasmikan Senai Airport City Roadshow for Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Members in Johor di Senai Business Aviation Terminal di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wee Tse berkata, kedua-dua belah pihak telah pun mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut sejak dua bulan lalu.

“Mereka (Airbus) antaranya mahu mengetahui apa yang boleh kita tawarkan, ekosistem dan apakah kepakaran yang diperlukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN