PULAU PINANG 16 Okt. – Kejayaan merangkul emas bagi acara badminton perseorangan wanita pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) di Buenos Aires, Argentina, Sabtu lalu melayakkan Goh Jin Wei menerima ganjaran di bawah Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Skimas). Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, selain Jin Wei, seorang lagi anak negeri ini yang dipertimbangkan untuk menerima skim tersebut ialah Amirul Hamizan Azahar. Katanya, Amirul Hamizan turut mengharumkan nama negara pada kejohanan yang sama dengan merangkul emas acara hoki berpasukan selepas menundukkan India pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya