KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd, Nazrin Hassan yang digali semula semalam untuk bedah siasat kali kedua dijangka akan dikebumikan pada Jumaat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pengebumian kembali jenazah Nazrin dilakukan selepas proses bedah siasat selesai. “Proses bedah siasat yang dilakukan semalam bermula di antara pukul 4 petang sehingga 6 petang. “Jenazah Nazrin pula dijangka akan dikebumikan…










